Saturday, June 11, 2011

Kebahagiaan..


Kebahagian berhak dimiliki oleh setiap insan..
Di sini saya menyelitkan beberapa kata2
tentang kebahagiaan...
Semoga kita sama2 berfikir dan merenungnya.....

Berbahagialah org yg dapat menjadi tuan untuk dirinya,menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali

Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau,sedangkan akhirat itu,sungguh lebih baik bagi orang yang bertaqwa.Tidakkah kamu mengerti?-Surah Al-An'am:32

 Kita melihat kebahagiaan itu seperti pelangi,tidak pernah pernah berada di atas kepala sendiri,tetapi selalu berada di atas kepala orang lain-Thomas Hardy







 


 


Monday, June 6, 2011

di sebalik peringatan itu..

Bismillahirahmanirrahim...
biar kalam sahaja yg berbicara...

Rasanya dah lama sgt tak update blog ni..kesibukan yg melanda menyebabkan masa untuk tulis blog ini tak kesampaian...tapi tak pe lah...perlu diutamakan apa yg penting dahulu baru lah perkara lain dpt dilakukan..Dlm ayat Al-Quran juga ada menyatakan iaitu.

Maka apabila engkau telah selesai(dari sesuatu urusan)tetaplah bekerja keras(untuk urusan yg lain)
(Al Insyirah,7)
jadi,apabila sdh selesai sesuatu urusan kita,maka perlulah kita menyelesaikan sesuatu kerja tersebut untk melakukn kerja yg lain...Mungkin boleh dikaitkan juga dgn cuti sekolah skrg ni..bila sdh selesai sesuatu tgsn yg diberikan oleh guru,mgkn boleh berusaha utk selesaikan kerja yg lain..jadi kita perlu memanfaatkan cuti ini sebaik mungkin..

rasanya nk berkongsi sesuatu sikit untk kali ini..kadang2,bila kita semakin byk membaca,kita akn rasakan yg byk sebenarnya yg belum kita ketahui..seperti saya juga yg merasakan sebegitu jua..makin byk kita membaca,mkn byk yg kita tidak ketahui..pd p'bacaan yg terbaru ini,saya sebenarnya dah tau pun tntg perkara tersebut tapi bila kita baca ia akn m'ingtkan kita kembali perkara tersebut..begitulah manusia yg sering terlupa dan perlu sentiasa diingtkan supaya mengingati kembali tujuan hidup kita yg sebenarnya..

sesungguhnya manusia itu dlm kerugian..
kecuali org2 beriman dan mengerjakan kebajikan
serta saling menasihati untk kebenaran
dan saling menasihati untuk kesabaran
(Al Asr,2-3)

walaupun kita dah tau sesuatu perkara itu,kita tetap perlu diperingtkan agar tidak terlupa..sebab itulah peringatan itu pentg..bg individu muslim akn sentiasa diperingtkan setiap kali hari jumaat..khatib akan memberi peringatan dalam khutbahnya..Jadi peringatn itu sebenarnya pntg walaupun sesetengah daripada kita sdh tau pun perkara tersebut..

 Jadi,nk ditegaskan disini bhw peringatan dan nasihat itu pntg dlm kehidupan seharian kita...Marilah kita saling menasihati ke arah kebenaran  dgn penuh kesabaran walaupun kadang kala kita dicemuh...Peringatan untuk diriku dan dirimu jua...Salah dan silap harap dimaafi...


Saturday, March 19, 2011

Hidayah

Rase nya dah lama sgt tak post entry dkt blog nih..Tetiba hari ini nak tulis...Mungkin entry kali ini simple saje kot..Nak bercakap tentang hidayah..Sememangnya seperti yang kita tahu hidayah itu dtg nya dari Allah...tapi apa yg perlu kita ingat bahawa hidayah itu perlu dicari...tapi bagaimana..dgn kata yg mudah saya sebut di sini adalah taqarrub illallah(dekatkan diri kita kepada Allah)..tapi apa yg perlu kita ingat bahawa kita perlu sentiasa berdoa agar diberikan taufiq dan hidayah kepada diri kita agar tetap teguh di jalan-Nya..Tapi satu yg perlu kita ingat bahawa hidayah itu bkn hanya untuk org bkn Islam sahaja tetapi untuk diri kita juga sebagai muslim...Kita juga perlu berdoa agar Allah tidak membolak-balikkan hati kita selepas mendapat hidayah tersebut..semoga kita sama bermuhasabah diri kita tidak kira di mana sahaja kita berada...maafkan ku andai ada sebarng kata2 yg tersilap dan tersalah...


Saturday, February 5, 2011

14 Februari

ARTIKEL I LUV ISLAM
Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.
Jika diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikan.

Menyimpang
Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'.

Hari ini, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari sudut budaya mahupun agama. Kita telah dijajah dari keseluruhan cara hidup, mentaliti, kelakuan dan juga amalan kerohanian yang sudah boleh dilihat adanya percampuran dengan unsur-unsur dari barat. Jadi, tidak hairanlah jika sambutan yang diraikan oleh golongan kristian turut sama disertai oleh umat Islam yang mudah terpengaruh.

Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.

Asal-usul Hari Kekasih
Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.

Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.

Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.

Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.
Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.

- Artikel iluvislam.com

Menjadi Diriku


Lagu ini didekasikan khas untuk semua..Kadang2 seseorg itu tidak ingin menjadi dirinya dan mereka berharap agar dpt menjadi org lain...Tapi percayalah,kita perlu bersyukur dengan segala yang kita perolehi dan jadilah diri sendiri...Setiap kejadiaan adalah anugerah Yang Maha Esa....Setiap org mempunyai kelebihan dan kelemahan...Menjadi Diriku......Khas untuk semua...

Friday, February 4, 2011

Langkah Tercipta

Mengimbas kisah silam yg berlaku membuatkan diriku sentiasa berharap agar memperbaiki kelemahan itu.Kadang2 apabila duduk seorg diri,aku akn teringt kembali kisah2 yg berlaku pd diriku.Ada pahit,manis di sebalik itu..Kadang2 rase nk putar kembali je mase yg berlaku agar sesuatu kejadian itu tidak berlaku tapi itu mustahil akn dapat berlaku..masa yg berlalu tidak dapat diputar kembali...

Lama rasenye tidak update blog nih..Mgkn sbb sudah pulang ke asrama n blk rumah pun bkn setiap minggu..Minggu ni cuti sempena tahun baru cina,jadi ade mase untuk mengupdate blog nih..Isu semasa sekarg heboh di dada2 akhbar berkenaan pergolakan di Mesir..Ramai yg memberi komen berkenan hal tersebut..Ramai rakyat Malaysia yg berada di sana dan kebanyakannya telah dibawa pulang ke tanah air dan mereka membawa pelbagai cerita di sana..Apa2 pon saya mendoakn agar mereka selamat di sana..Buat sahabat2 ku yg mempunyai kakak2 dan abg2 di sana,saya doakn agar mereka sentiasa  berada dalam keadaan selamat dan mari kita bykkan berdoa untk mereka...

'Hayya alal Fallah'..Begitu lah salah satu lafaz azan yg sering kita dgr...tetapi adakah kita menghayati lafaz tersebut...Jika kita menghayati lafaz berkenaan,mengapa masih ada dalam diri kita sifat berputus asa..Bukan kah sebagai org Islam,kita perlu menyahut lafaz 'Hayya Alal Fallah' berkenaan..Kita perlu menjadi org Islam yg cemerlang dan menjadi org yg berjaya di dunia serta akhirat..

Ingatlah bahawa berputus asa akan menurunkan prestasi kerja kita.Ada kata2 ulama' yg menyatakan bhw 'Berputus asa  di tengah perjalanan itu adalah kerana kesalahan pd titik permulaan..Kesalahan pd titik permulaan bermula pd matlamat kita.Jika matlamat kita kukuh dan jitu,kita tidak akn mudah berputus asa kerana kita akan tetap utuh dgn matlamat yg ingin kita capai..Ramai yg mengambil jalan mudah apabila berputus asa dengan cara membunuh diri agar tidak mengalami tekanan atau putus asa itu..Tetapi mereka sebenarnya tersilap kerana cara berkenaan bkn shj ditegah agama bahkan dimurkai Allah..

Oleh itu,sebagai org Islam kita perlu mengingati kembali matlamat utama kita iaitu mengabdikan diri kita kepada Allah..Jika kita berasa kecewa dan berputus asa,dgn mengingati matlamat utama kita kpd Allah pasti kita akn dapat mengembalikan semangat kita untuk menuju matlamat kita kpd Allah..Allah juga tidak menyukai manusia yg berputus asa..Ingatlah firman Allah yg bermaksud....'dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..' sering saya suntik kan pada diri saya jika berputus asa bahawa Allah tidak membebani seseorg itu melainkan dgn kesanggupannya...Oleh itu,mengapa perlu ada rasa putus asa dalam diri kita lagi...Sesungguhnya Allah dkt dgn hamba2nya...

Jadi...mulai skrg kita perlu sentiasa berusaha dan tdk mudah berputus asa...Mari kita sama2 berusaha untuk mencapai matlamat kita...

Saturday, January 8, 2011

Persekolahan 2011

Minggu ni dah masuk minggu pertama msk skolah..Tahun 2011,tahun spm untuk diriku dan kawan2 ku..Tahun ni dapat dorm aras 2 pulak dan semua bkn ahli2 dorm sama tapi yang baru. Takpe mgkn itu yg terbaik.Minggu first ni dah mula belajar dan kerja pun dah banyak lah kan..Harap2 tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya.Walaupun minggu first tapi dpt balik rumah minggu ni.Alhamdulillah.Tapi walaupun baru minggu pertama,macam dah berlaku kat sekolah tuh.Tapi tak taulah kanapa agak tertekan sikit oleh beberapa perkara..Harap2lah lepas minggu ni akan lebih baik dari minggu sebelumnya.Sememangnya kuteringat kembali ayat Al-quran yg menyatakan bahawa Allah tidak akn menguji hambanya melainkan dengan kesanggupannya.Kadang2 akn ku bisikkn dlm diriku ayat tersebut apabila aku rasa tidak tertahan dengan apa yg berlaku dalam diriku..Apa2 pon aku berharap agar aku memperbaiki kelemahanku dan cuba untuk mempertingkatkan ketahanan diri..Ya Allah,hanya kaulah aku berharap pada-Mu.Semoga aku sentiasa diberi petunjuk dan ketenangan..Ku memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan yg berlaku dan sentiasa diberi jalan yg terbaik..Maaf untuk entry kali ini jika terdapat kekurangan..