Friday, February 4, 2011

Langkah Tercipta

Mengimbas kisah silam yg berlaku membuatkan diriku sentiasa berharap agar memperbaiki kelemahan itu.Kadang2 apabila duduk seorg diri,aku akn teringt kembali kisah2 yg berlaku pd diriku.Ada pahit,manis di sebalik itu..Kadang2 rase nk putar kembali je mase yg berlaku agar sesuatu kejadian itu tidak berlaku tapi itu mustahil akn dapat berlaku..masa yg berlalu tidak dapat diputar kembali...

Lama rasenye tidak update blog nih..Mgkn sbb sudah pulang ke asrama n blk rumah pun bkn setiap minggu..Minggu ni cuti sempena tahun baru cina,jadi ade mase untuk mengupdate blog nih..Isu semasa sekarg heboh di dada2 akhbar berkenaan pergolakan di Mesir..Ramai yg memberi komen berkenan hal tersebut..Ramai rakyat Malaysia yg berada di sana dan kebanyakannya telah dibawa pulang ke tanah air dan mereka membawa pelbagai cerita di sana..Apa2 pon saya mendoakn agar mereka selamat di sana..Buat sahabat2 ku yg mempunyai kakak2 dan abg2 di sana,saya doakn agar mereka sentiasa  berada dalam keadaan selamat dan mari kita bykkan berdoa untk mereka...

'Hayya alal Fallah'..Begitu lah salah satu lafaz azan yg sering kita dgr...tetapi adakah kita menghayati lafaz tersebut...Jika kita menghayati lafaz berkenaan,mengapa masih ada dalam diri kita sifat berputus asa..Bukan kah sebagai org Islam,kita perlu menyahut lafaz 'Hayya Alal Fallah' berkenaan..Kita perlu menjadi org Islam yg cemerlang dan menjadi org yg berjaya di dunia serta akhirat..

Ingatlah bahawa berputus asa akan menurunkan prestasi kerja kita.Ada kata2 ulama' yg menyatakan bhw 'Berputus asa  di tengah perjalanan itu adalah kerana kesalahan pd titik permulaan..Kesalahan pd titik permulaan bermula pd matlamat kita.Jika matlamat kita kukuh dan jitu,kita tidak akn mudah berputus asa kerana kita akan tetap utuh dgn matlamat yg ingin kita capai..Ramai yg mengambil jalan mudah apabila berputus asa dengan cara membunuh diri agar tidak mengalami tekanan atau putus asa itu..Tetapi mereka sebenarnya tersilap kerana cara berkenaan bkn shj ditegah agama bahkan dimurkai Allah..

Oleh itu,sebagai org Islam kita perlu mengingati kembali matlamat utama kita iaitu mengabdikan diri kita kepada Allah..Jika kita berasa kecewa dan berputus asa,dgn mengingati matlamat utama kita kpd Allah pasti kita akn dapat mengembalikan semangat kita untuk menuju matlamat kita kpd Allah..Allah juga tidak menyukai manusia yg berputus asa..Ingatlah firman Allah yg bermaksud....'dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..' sering saya suntik kan pada diri saya jika berputus asa bahawa Allah tidak membebani seseorg itu melainkan dgn kesanggupannya...Oleh itu,mengapa perlu ada rasa putus asa dalam diri kita lagi...Sesungguhnya Allah dkt dgn hamba2nya...

Jadi...mulai skrg kita perlu sentiasa berusaha dan tdk mudah berputus asa...Mari kita sama2 berusaha untuk mencapai matlamat kita...

No comments:

Post a Comment