Monday, December 27, 2010

Bukan semua keinginan kita Allah beri

Hari ini saya ingin berkongsi pembacaan saya dalam artikel Iluvislam..kadang2 kte selalu menyalahkan takdir tanpa kita sedari..kadang terkeluar dari mulut kita sendiri,mengapa semua ini terjadi pada ku...kita berasa marah dgn ketetapan takdir...kita mengeluh dengan segala ujian yg menimpa diri kita..kita berasa Allah tdk adil kerana tdk memberikan apa yg kita ingin kan..

Mari kita muhasabah kembali diri kita.Ingatlah bahawa Allah tidak memberikan semua keinginan  yg kita inginkan..berkemungkinan apa2 yg kte inginkan itu sebenarnya buruk bg kita..

Mari kita mengingati kembali bahawa  di dalm ayat Al-Quran sendiri ada menyebut;Boleh jadi kamu membenci seseatu padahal ia baik bagimu.Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia baik bg kamu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..Oleh itu kita perlu bahawa Allah Maha Mengetahui segala isi alam ini..

Kita sebagai hamba hanya perlu berserah segalanya kepada Allah.berkemungkinan segala yang buruk terjadi pada kita merupakn yg terbaik bg diri kita..jadi ingatlah bahawa setiap sesuatu itu terselindung hikmah yang tersembunyi.mungkin kita tidak dapat melihat hikmah itu dalam masa terdekat tapi mungkin mengambil masa yang lama.

Di sini juga saya selitkan sebab Allah menguji kita
  • Sebagai kaffarah(penghapus) dosa kita
Kita sebagai hamba mmg tidak terlepas dari melakukan dosa.Melalui cara ini secara tidak langsung dapat menghapuskan dosa kita.Sebagai contoh sakit yang kita alami dapat menghapuskan dosa2 kecil kita yang tidak sedari.

  • Ujian yang Allah beri kepada kita hanya sedikit berbanding dengan orang lain
Kita hendaklah menjadi hamba bersyukur dengan segala yang diberikan oleh Allah.Ingatlah bahawa ujian yang menimpa diri kita berbeza dengan org lain.Ada org lain yg lebih berat berbanding diri kita ujian yg menimpa diri mereka.ingatlah bahawa Allah menguji hambanya mengikut kemampuan mereka.

Sekadar peringatan buat diri kita semua.Moga kita sentiasa dilimpahkan dengan kurnianNya dan bersyukur atas segala nikmat yang diberikanya.Ingatan juga bhw Allah akn menambahkn nikmatNya jiki kita bersyukur ats nikmatnya.

No comments:

Post a Comment