Friday, December 31, 2010

Nama..

Hari ini saya ingin berkongsi pembacaan saya dalam majalah solusi isu 26..Isu kali ini saya ingin mengulas dan ingin mengambil beberapa isi di dalam majalah itu untuk perkongsian bersama..Pepatah yang selalu saya dengar dari kawan saya kebiasaannya iaitu "Sharing is caring"..

Tajuk kali ini berkenaan dengan nama..Dengan lebih tepat lagi iaitu ada apa pada nama..Nama begitulah perkongsian saya kali ini..Setiap orang pasti mempunyai nama masing2..Ada yang panjang namanya dan ada jua yg pendek namanya.Tp ada jua yg namanya senang disebut dan ada jua sukar untuk disebut..
Tapi apa2 pun..mengingati nama itu sebenarnya yg penting.Ini kerana jika kita tidak mengingati nama seseorang,ia menyukarkan komunikasi atau hubungan sosial seseorang dengan yang lain..

Oleh itu,amat penting bagi kita untuk mengingati nama seseorang agar memudahkan komunikasi dengan seseorang..Hal ini amat penting kerana bukan semua orang yg suka apabila namanya tidak diingati walaupun telah kerap kali berhubung dengan seseorang itu.Ini jua pntg terutama dalam perniagaan,politik atau sebagainya..

Di sini saya sertakan cara2 untuk kita mengingati nama seseorang itu agar memudahkan komunikasi antara satu sama lain:
  • Dengar nama dengan betul
Kita perlu mendengar nama seseorang itu dengan jelas agar kita tidak tersalah untuk menyebut nama seseorang itu.Kita jua boleh meminta seseorang itu agr mengulang sekali lagi jika tidak mendengar namanya.
  • Sebut berulang kali
Cuba ulang beberapa kali nama seseorang itu agar menambahkan jua kemesraan antara org lain.Dengan itu akan mengeratkan perhubungan kita dengan seseorang.Malah,kita jua boleh menambah teman baru melalui perhubungan yang baik dengan seseorang.
  • Lihat kad nama
Jika seseorang memberikan kad namanya,jangan terus menyimpan kad tersebut sebaliknya cuba lihat dahulu nama tuan punya kad.Ini akan memudahkan kita mengingati nama seseorang dengan mudah.Malah,kita jua boleh menambahkan kemesraan dengan memuji kad nama yang diberikan agar dapat mengeratkan perhubungan.
  • Tuliskan nama
Ketika bermesyuarat atau pertemuan kali pertama,cuba tulis nama seseorang itu dengan betul dan cuba letak pangkat atau panggilan yang diberikan.Ini memudahkan kita cepat mengingati nama seseorang itu.
  • Ulangi ejaan
Bagi seseorang yang pelik atau susah disebut,cuba ulangi nama itu berulang kali agar mudah mengingati.
  • Kaitkan nama dengan sesuatu
Bagi memudahkan kita,cuba kaitkan nama seseorang itu dengan sesuatu.Contonya,jika nama seseorang itu Jamilah,cuba kita kaitkan seperti dalam bhs arab iatu jamilah bererti cantik.Kita kaitkan org yg bernama Jamilah contohnya dengan org yg cantik.Ini memudahkan perhubungan kita.Tapi kita perlu ingat,kita perlu kaitkan sesuatu itu dengan yg baik.

Setakat ini dahulu perkongsian saya buat kali ini berdasarkan pembacaan saya.Saya mohon maaf jika terdapat kesalahan dalam perkongsian kita kali ini.Semoga kita sama2 manfaatkan perkara di atas dan ia jua dapat memberi manfaat kepada diri kita.

No comments:

Post a Comment